Notis Kelewatan Penghantaran M-sotropin

Assalamualaikum dan salam hormat.

Para pelanggan SifuNutrition International yang dihormati,

Terima kasih atas sokongan anda membeli produk M-sotropin dari kami.

Notis ini ditujukan khas buat pembeli produk M-sotropin Untuk Bina Otot yang masih belum menerima produkKami ingin memaklumkan kelewatan penghantaran produk yang ditempah.

Ini adalah kerana stok M-sotropin di pejabat kami bertempat di Sungai Besi, KL telah kehabisan & kami masih menunggu stok sampai dari Mesotropin HQ (yang berlokasi di Marang, Terengganu) kepada kami sejak hari Isnin lalu.

Kami dijanjikan oleh pihak HQ stok akan sampai pada hari Isnin (9 November 2015). Tetapi sehingga hari ini masih belum sampai atas faktor yang tak dapat dipastikan.

Untuk makluman tuan/puan, kami SifuNutrition International adalah stokis kepada produk Mesotropin HQ, di mana selain dari menjual produk M-sotropin, kami jual ada menjual produk fitness yang lain seperti M-Gainer.

Untuk produk lain tiada masalah dari segi penghantaran kerana stok masih ada. Hanya yang bermasalah adalah stok M-sotropin. Ini adalah kerana tempahan M-sotropin yang agak luar biasa berbanding produk lain. Setiap hari kami terima tempahan lebih 40 hingga 70 tempahan setiap hari.

Jadi mohon maaf sekiranya admin kami (staff yang menjawab tempahan melalui Whatsapp & SMS) menjawab stok masih ada ketika pertanyaan dibuat. Tetapi tidak mencukupi sebab kami mendahulukan pembelian terawal, mungkin membeli lebih awal ketika anda order dan tidak mencukupi ketika sampai ke tempahan tuan/puan.

Ketika ini kami ada lebih 5 orang staff yang menguruskan tempahan & penghantaran produk di pejabat kami di Sungai Besi, KL.

Kami mohon maaf atas kelewatan produk ini sampai. Kami amat memahami anda sebagai pelanggan kami yang inginkan produk ini sampai ke tangan tuan/puan dengan segera. Kami sentiasa follow up dengan pihak HQ untuk cepatkan proses penghantaran produk kepada tuan/puan.

Andaikata penghantaran produk masih belum dihantar pada hari esok (Jumaat, 13 November 2015). Pihak tuan/puan boleh ajukan permohonan ‘refund’ kepada kami. Kami akan ‘refund’ balik duit anda.

Sekali lagi kami memohon maaf atas kelewatan.

Yang benar,

Pengurus SifuNutrition International,
Mohd Firdauz